05 December 2018

ENGGAN FIKIR PENGGANTI - ZIANA ZAIN MAHU FOKUS ANAK-ANAK


"Soal mencari pengganti atau teman baru, tidak pernah terfikir di benak fikiran. Buat masa ini saya hanya lihat diri saya dan anak-anak yang sentiasa berada di sisi," kata penyanyi Ziana Zain yang mengakui belum terfikir mencari pengganti selepas bercerai Julai lalu.





Ziana ketika ditemui berkata, fokusnya kini hanya tertumpu untuk anak-anak sahaja. Ditanya adakah dia sudah diintai atau ada yang cuba mengenalinya di akaun media sosial, Ziana memberitahu dia tidak ambil tahu perkara terbabit.

"Saya tak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Malah saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa," ujar pelantun lagu 'Madah Berhelah' itu.

Sementara itu, Ziana yang sudah tamat tempoh edah mengakui bersyukur apabila dikelilingi dengan orang yang positif untuk dia terus kuat menjalani kehidupan.

Klik untuk gambar besar


"Kehidupan harus diteruskan. Bagi saya, kalau kita mengadu pada Yang Maha Esa selain berfikiran positif dan dikelilingi dengan orang yang baik, Insya-Allah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan.

"Saya juga bersyukur mempunyai keluarga, adik beradik serta ibu bapa yang ceria. Jadi tidaklah terasa sangat kerana mereka sentiasa memberi saya semangat yang kuat untuk terus hidup," tuturnya.

Pada Julai lalu, Ziana yang popular dengan lagu Kemelut Di Muara Kasih sah bercerai talak satu dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: