05 December 2018

"OKEY... TIDAKLAH BAHAGIA 100 PERATUS" - CHE TA NAFI FAIL CERAI


Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, 45, menafikan dakwaan mengatakan dirinya telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah, namun menarik semula.





Ditanya mengenai hal itu, pelakon drama bersiri 'Lelaki Kiriman Tuhan' itu menafikan perkahwinannya dengan Zain Saidin, sedang bergolak.

"Saya dengan Zain okey. Tidaklah bahagia 100 peratus. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

"Cuma, soal dikatakan naik mahkamah syariah ia tak betul. Saya memang terkejut. Maklumat ini tak betul. Sama ada mereka salah mahkamah atau tersilap artis.

"Memang saya akan naik mahkamah, tapi bukan mahkamah syariah sebaliknya mahkamah tinggi membabitkan kes perniagaan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Minggu lalu, satu laporan menyiarkan gosip mengatakan rumah tangga seorang pelakon cantik bergolak hingga menfailkan penceraian. Pasangan itu turut digambarkan sering bercuti ke luar negara bersama keluarga.

Selain itu, laporan tersebut turut memberi bayangan sifat penyayang suami terhadap anak-anak isterinya hasil perkahwinan terdahulu mendapat pujian peminat. Ramai mendakwa pasangan terbabit adalah Che Ta dan suami.

Dalam laporan sama, dikatakan pelakon itu sudah mengupah peguam untuk menguruskan kes perceraian. Namun, suami pelakon itu cuba mengelak daripada tuntutan cerai isterinya. Laporan itu juga menyebut, mereka bersetuju untuk berbaik demi anak.

Kami juga tidak pasti siapakah pasangan terbabit. Kalau Che Ta dah nafikan, mungkin netizen tersilap artis agaknya. Harapnya Che Ta dan suami baik-baik saja dan bahagia seperti biasa.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: