05 December 2018

ANAK KEDUA NADYA SYAHERA SELAMAT DIBEDAH (HERNIA) & SUNAT


"Kalau dibiarkan takut ganggu usus dia," demikian kata pelakon Nadya Syahera mengenai anak keduanya, Mohamad Dayyan berusia sembilan bulan yang selamat menjalani pembedahan penyakit Hernia (angin pasang).





Nadya turut memaklumkan perkata tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam. Kata Nadya, selain pembedahan, anak keduanya juga turut menjalani proses bersunat.

"Alhamdulillah, Dayyan selamat menjalani pembedahan Hernia dan sunat. Terima kasih semua yang doakan Dayyan," tuturnya.

Untuk makluman, Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Aleena Rose (awal Mac 2017) dan Mohamad Dayyan (7 Februari 2018).

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: