05 December 2018

KENA KECAM - RAF YAAKOB NAFI AKAN KETEPIKAN ANAK-ANAK LAIN


Aktor Raf Yaakob baru-baru ini telah dikecam segelintir netizen yang mengatakan dia akan mengetepikan dua orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini apabila mendapat cahaya mata bersama isterinya, aktres Mawar Rashid itu.





Raf yang berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya itu menafikan dakwaan netizen dan memberitahu bahawa kasih sayangnya tetap sama meskipun mempunyai 30 anak.

"Ada juga suara-suara sumbang yang DM dan komen di Instagram saya cakap saya akan mengetepikan anak-anak saya hasil perkahwinan dahulu setelah saya mendapat anak bersama Mawar.

Klik untuk gambar besar


"Sabar je la manusia zaman sekarang ni. Anak saya ada 3 ke, 30 ke, kasih sayang saya tetap sama pada semua," tulisnya sebagai kapsyen.

Untuk makluman, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan kini pelakon drama 'Pencuri Cinta Kelas Satu' itu sedang hamil tujuh bulan.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: