05 December 2018

NETIZEN: "ANAK TAK BETUL SIBUK TUNJUK VIDEO" - ZARINA BALAS BERHEMAH


"Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menakutkan kan aje tengok," kata netizen yang menggunakan nama @ami.ron.399 tersebut.





Komen netizen yang cukup 'keras' kerana mungkin tidak faham dengan mereka yang mengalami autism itu dimuatnaik oleh pelakon Zarina Zainuddin di laman Instagramnya

Walaupun perasaannya pasti terguris, namun Zarina mengambil pendekatan yang tinggi untuk tidak membalas komen tersebut dengan sesuatu yang keras, sebaliknya beliau bersyukur dan mendoakan semoga netizen tersebut mendapat rahmat.

"Anak-anak tak berapa betul akak pun baru nak belajar jadi betul.. takpe tapi kasih sayang akak pada anak melimpah-limpah bak air pasang yang pernah surut..

Klik untuk gambar besar


"Syukur Alhamdulillah, nikmat dan rahmat Allah bagi hidup kita tak pernah sempurna sampai bila2 kerana Allah tak pernah salah menguji hambanya 💖. Semoga awak juga dalam rahmat Allah dik 💕," tulis Zarina.

Untuk makluman, Zarina berkahwin pada tahun 1993 dan dikuniakan dengan empat cahaya mata termasuk kembar lelaki, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang mengidap autism.

Zarina sering berkongsi video-video tentang kedua kembar tersebut untuk menimbulkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan kepada orang ramai tentang penyakit autism.

Kadang-kadang sedih juga dengan komen-komen negatif netizen yang menghiris hati. Ramai artis sebenarnya tidak terlalu kisah jika komen-komen tersebut ditujukan kepada artis itu sendiri, tetapi apabila ianya ditujukan kepada ahli keluarga terutamannya anak-anak, ianya sangat kejam.






www.myartis.com / Sumber: Astro gempak & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: