10 December 2018

NAFI PUNYAI MASALAH DENGAN ISTERI - TAUKE AKUI BIASA DI KEJI & MAKI


Didakwa mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Nadia Mohd Affandi, peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa kesal.





Melihat pada entri tersebut, Tauke menjelaskan perkongsian yang dilakukan sebelum ini adalah untuk memberi info kepada orang ramai dan bukan ditujukan pada isterinya.

"Salam toq, haritu wa ada up story mengenai 7 tanda-tanda isteri durhaka. Kesannya berita tu jadi viral, rata-rata sahabat memandang serong pada gua.

"Padahal niat kita baik atas dasar memberi info yang berguna untuk para-para isteri. Begitulah cara kita berfikir, kalau sesuatu itu kita pandang positif maka positif la jadinya, kalau negatif, negatif la pemikiran kita.

Klik untuk gambar besar


"Gua da biasa di keji dan di maki tapi sentiasa gunakan kekuatan sebenar iaitu kesabaran. Semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkekalan. Selamat ulangtahun perkahwinan #naditauke #9dec," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Tauke tabah hadapi dugaan ini dan mereka mendoakan agar hubungannya bersama isteri akan kekal selamanya.

Untuk makluman, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember tahun lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan dilahirkan pada 26 September lalu.

Terdahulu, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria memiliki enam anak berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: