10 December 2018

RUSUHAN DI PARIS - HAEL & PENGURUS CEMAS TERPERANGKAP


"Kami baru sahaja sampai dari Switzerland dan menuju ke kediaman kami. Dalam perjalanan itu banyak jalan ditutup polis, jadi kami terpaksa berjalan kaki 700 meter untuk ke rumah.





"Kawasan itu ditutup dan dijaga polis dengan kereta perisai. Kemudian bunyi tembakan bertalu-talu dan nampak orang bertempiaran lari ke arah kami.

"Rupa-rupanya gas pemedih mata dilepaskan, kami terpaksa lari menyelamatkan diri kira-kira sejam juga terpaksa ke hulu hilir selamatkan diri," ujar pengurus penyanyi Hael Husaini iaitu Taufik.

Taufik memberitahu mereka yang sedang bercuti di beberapa negara Eropah itu terpaksa menyelamatkan diri apabila rusuhan menjadi diluar kawalan sehingga polis terpaksa menembak gas pemedih mata.

Penyanyi lagu 'Hajat' itu berhadapan detik cemas apabila terperangkap dalam rusuhan di Paris, Perancis pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: