09 December 2018

"TERIMA KASIH YANG MENDOAKAN" - MONA ALLEN MUATNAIK CINCIN


Pelakon Mona Allen, 33, yang berdiam diri selama dua hari itu tampil mengesahkan perkahwinannya bersama pengarah dan pelakon, Pekin Ibrahim, 37, yang berlangsung secara tertutup, baru-baru ini.





Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkata, dia berterima kasih kepada semua yang mendoa dan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan mereka.

"Saya merakamkan setinggi terima kasih pada semua yang mendoakan kebahagiaan kami. Terima kasih juga atas doa dan ucapan tahniah diberikan kepada kami," katanya menerusi laman Instagram yang turut disertakan gambar dua bentuk cincin bertatah berlian berwarna biru.

Klik untuk gambar besar


Status dimuatnaik itu mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis antaranya Azira Syafinaz, Zarina Zainuddin, Zarul Umbrella, Yassin Sulaiman dan ramai lagi.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro hingga sekarang untuk mendapatkan komen gagal apabila panggilan telefon kepada mereka tidak berjawab.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: