03 December 2018

VIDEO - ALIFF SYUKRI LEGA DODI AKHIRNYA DIJUMPAI


"Tuhan je tahu betapa happynye kami 1 family. Alhamdulillah 2 hari Dodi hilang akhirnya jumpa juga di sebuah hutan.. sy susah hati sebab dia mesti x makan di luar sbb biasa makan daging dan ayam siap potong.. dia x biasa duk hutan.. dia akan takut..





"Saya minta tolong bomba utk tangkap.... atas maklumat orang awam yg nampak Dodi tepi jalan.... kami dapat menjejaki dia.... jumpa dia pun dah x larat, dah x ada tenaga sbb x makan....

"Terima kasih Abg2 Bomba Daerah Petaling Jaya yg sudi bantu tangkap kan Dodi dibantu oleh staff2 saya setahun sbb dah bela hampir 4 tahun..," demikian tulis usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri di laman Instagram yang berasa lega apabila kucing peliharannya, Dodi dijumpai.

Klik untuk gambar besar


Dodi yang merupakan kucing dari baka Savannah Cat itu dikatakan terlepas ke hutan belakang rumah pengasas D’Herbs itu di sekitar Kota Damansara sejak Khamis.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Biar Apa Orang Kata' itu memberitahu kucingnya hilang disebabkan kecuaian pekerjanya yang tidak bertanggungjawab.

Kucing tersebut dibeli Aliff Syukri dengan harga RM30,000 pada April 2016 ketika berusia tiga bulan.





VIDEO - DODI DIJUMPAI SELEPAS 2 HARI





www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: