03 December 2018

5 FOTO - IZREEN SAMBUT BIRTHDAY ANAK TIRI BERSAMA SUAMI & KELUARGA


Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda telah menyambut ulang tahun kelahiran anak tirinya, Arish Muqri yang ke-4 tahun bersama suaminya, Ude Wahid dan keluarga. Untuk makluman, Arish merupakan anak hasil perkahwinan pertama Ude dengan Intan Liana Saleh.





Pemuzik berkenaan telah berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis yang diadakan sederhana di kediaman mereka yang dihadiri ahli keluarga terdekat itu menerusi laman Instagram miliknya.

Difahamkan, majlis itu turut disambut sekaligus dengan seorang anak buah Ude bernama Muhammad Khaleed Rayyan.

Klik untuk gambar besar


Foto yang dikongsikan Ude itu juga secara tidak langsung melihatkan keharmonian sebuah keluarga menyambut ulang tahun kelahiran. Rata-rata netizen turut memberi ucapan kepada kedua-dua birthday boy itu.

Dalam perkembangan lain, Izreen dan Ude kini sedang menikmati percutian di Thailand yang dikongsikan Ude menerusi Insta Storiesnya.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: