03 December 2018

EINA BERSYUKUR DATUK & NENEK NIKAH SEMULA SELEPAS 17 TAHUN


Menerusi laman Instagram, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah meluahkan rasa gembira dan syukur apabila datuk (Aki), Abdul Rafar Din dan neneknya (Tok), Saudah Embong yang bercerai sejak 17 tahun lalu, mengambil keputusan bernikah semula.





Lebih menyentuh hati, majlis pernikahan pasangan itu disempurnakan di sebuah pusat perubatan di ibu negara di mana datuk Eina menjalani rawatan akibat masalah kesihatan dan angin ahmar, sejak lima bulan lalu.

Selain datuk yang sakit-sakit, nenek Eina juga turut mengalami masalah serangan angin ahmar sejak 20 tahun lalu.

Majlis pernikahan mereka dihadiri ahli keluarga terdekat yang turut memakai pakaian traditional, terutama sekali pasangan pengantin, datuk dan nenek Eina yang sedondon memakai baju berwarna kuning lembut.

Klik untuk gambar besar


Pada majlis pernikahan itu, pengantin masing-masing menyarung cincin dengan senaskhah buku tafsiran al-Quran menjadi hantaran.

Berkongsi detik indah itu melalui laman Instagram miliknya, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang keluarganya menyambut baik hasrat datuk dan nenek untuk bernikah semula dan menjaga diri masing-masing selagi hayat dikandung badan.

"Kami menerima baik apabila Aki dan Tok meluahkan hasrat berkahwin semula. Ini kerana mereka mahu menjaga satu sama lain hingga hujung nyawa.



"Biarpun Aki berusia 78 tahun dan Tok menginjak 68 tahun, mereka mahu mengimbas kembali kemanisan hidup 40 tahun berkahwin dulu. Apatah lagi, masing-masing tidak sihat dan ingin mengharungi detik ini bersama.

"Jodoh dan ajal semuanya ketentuan Allah. Kami sekeluarga mendoakan semoga perkahwinan semula Aki dan Tok ini mendapat keberkatanNya," katanya.

Usia bukanlah penghalang buat datuk dan nenek Eina bernikah semula selepas bercerai 17 tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Eina Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: