04 January 2019

BERISTERI MUDA - JAMAL ABDILLAH AKUI BUKAN MUDAH


Menyifatkan, perbezaan usia 34 tahun dengan isterinya, Izzati, 25, memberikan cabaran besar ketika awal mereka mendirikan rumah tangga, penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 59, berkata, dia mengambil masa hampir setahun untuk menyesuaikan diri dan proses itu, akuinya bukan mudah.





"Kami hanya bertemu sekali sebelum mendirikan rumah tangga. Jadi, apabila hidup serumah, agak sukar kami menyesuaikan diri memandangkan saya dan isteri dari dua generasi berbeza.

"Dia masih muda, jadi masanya banyak dihabiskan dengan melayani laman sosial membuatkan saya kurang selesa. Tambahan pula, saya kurang sabar.

"Kami perlu banyak bertolak ansur dan Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun bersama, saya serta isteri sudah mula memahami antara satu sama lain," katanya yang bertemu jodoh dengan Izzati pada 1 April 2017.

Jamal berkata, hidupnya yang dulu kosong sudah kembali terisi sejak kehadiran Izzati, malah isterinya sering menjadi tempat untuk dia meluahkan isi hati.

Klik untuk gambar besar


"Bahagia rasanya apabila ada teman untuk berbicara. Dulu, saya sunyi setiap kali pulang ke rumah selepas persembahan.

"Penat menghiburkan orang hilang apabila ada isteri untuk berkongsi. Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Izzati," tuturnya.

Ia adalah perkahwinan keempat penyanyi lagu Kekasih Awal dan Terakhir yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, bersama isteri ketiga, Fatimatuzahrah.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: