09 January 2019

BILA EX SUFIAN HADIR DALAM MAJLIS KAHWIN ELFIRA LOY


"Allah tahu yang terbaik dan dia menemukan kita akhirnya. Tahniah atas hari bahagia ini. Semoga kasih sayang yang dikongsi hari ini semakin kukuh hingga ke tua.





"Secara jujurnya saya begitu gembira untuk kamu dan Faris dipertemukan untuk satu sama lain. Terima kasih juga kerana membenarkan saya dan rakan-rakan berkongsi majlis penuh magis ini.

"Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan saya harapkan yang terbaik untuk memulakan penyatuan ini," tulis bekas kekasih penyanyi Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Izyan menerusi laman Instagramnya.

Dalam gambar yang dmuatnaik, Izyan dilihat hadir pada majlis resepsi pelakon Elfira Loy dan suaminya dan turut mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.

Klik untuk gambar besar


Selian itu, Izyan turut meluahkan rasa gembira kerana bekas tunang Sufian juga itu dipertemukan dengan Faris.

Biarpun Elfira sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, nama Sufian tetap menjadi bualan ramai dan masih ada segelintir netizen yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas tunangnya itu.

Namun kali ini, Izyan pula yang menjadi perhatian ramai apabila hadir di majlis persandingan Elfira pada Sabtu lalu.



Dalam pada itu, Elfira juga turut dilihat memuatnaik gambar bersama Izyan dan mengucapkan terima kasih di atas segalanya kerana selama ini banyak membantu dia dan ibunya.

"Siapa tahu kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang ke majlis perkahwinan saya. Semoga dipercepatkan jodoh juga Izyan," tulis Elfira.

Terdahulu, Sufian dikhabarkan bercinta dengan seorang gadis bernama Izyan sebelum didakwa meninggalkannya demi Elfira.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: