Penyanyi yang popular dengan lagu 'Amalina', Santesh baru-baru ini telah dikecam teruk apabila memakai baju dengan lambang Jalur Gemilang tetapi membuang bahagian bulan sabit dan bintang dan digantikan pula dengan corak tanda hashtag (#) berwarna putih ketika muncul dalam program hiburan di TV3.

Santesh yang baru sahaja ingin dikenali itu menerusi akaun Instagramnya memohon maaf atas kesilapan yang beliau lakukan dan menjelaskan beliau tidak mempunyai niat untuk mempersendakan bendera Malaysia.
Sebenarnya baju itu adalah hadiah pemberian seseorang kepada Santesh, beliau juga tidak sangka ia akan menimbulkan isu besar.
Pada masa yang sama, beliau berjanji akan lebih berhati-hati dalam berpakaian dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
Klik untuk gambar besar

ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________

No comments:
Post a Comment