09 January 2019

FASHA SANDHA: "YANG PENTING BUKAN LAKI ORANG MAHUPUN......."


Semua mengetahui mengenai hubungan antara pelakon Fasha Sandha dan pelakon Aidil Aziz yang kini sudah bertunang. Namun begitu, masih ada lagi netizen yang menggangap Fasha dan Aidil tidak sesuai sebagai satu pasangan.





Fasha, 35, berkata dia memilih Aidil kerana pelakon itu seorang yang kaya dengan budi bahasa, rajin dalam setiap kerja dan berasal dari keluarga yang baik.

Malah, Fasha juga memberitahu Aidil tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya dan paling penting lelaki itu masih bujang serta bukan hak orang lain.

"Kenapa kami tak sepadan? Sebab saya selebriti dan sebab dia orang sederhana ke? Untuk pengetahuan, dia kaya dengan budi bahasa, kesungguhan dalam kerja dan dia datang darpada keluarga yang baik.

"Dia tak pernah sekali pun ambil kesempatan ke atas saya. Yang penting dia bukan laki (suami) orang mahupun hak orang lain," katanya.

Klik untuk gambar besar


Fasha menjelaskan perkara tersebut bagi membalas komen salah seorang netizen di laman Instagramnya yang menyatakan mereka tidak sepadan.

Menurut Fasha lagi, tidak perlu mempersoalkan perkara tersebut memandangkan jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah.

Bagaimanapun, Fasha mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan kata hinaan kepadanya dan dia akan membuktikan mereka mampu hidup dalam kesederhanaan.

"Jangan persoalkan, kerana ini semua kerja Allah. Apa pun, terima kasih di atas hinaan ini, Insya-Allah, kami buktikan kami boleh hidup dengan cara kesederhanaan," ujarnya.



Dalam pada itu, pelakon drama 'Teratak Kemboja' ini turut menerima kecaman gara-gara memuatnaik foto Aidil sedang mengangkatnya.

Namun, Fasha dilihat membalas komen-komen tersebut dengan cara tenang dan tidak melatah dengan menyatakan dia tahu hukum halal dan haram.

"Haram tetap haram dan halal tetap halal. saya tahu dan saya belajat hukum. Jadi jangan ajar saya," tuturnya.

Untuk makluman, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan dan Aidil bertunang pada 18 November tahun lalu dalam majlis tertutup yang diadakan di kediamannnya di Ampang, Selangor.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: