08 January 2019

RITA BUAT LAPORAN POLIS, JUMPA USTAZ BERHUBUNG KUCINGNYA


"Setakat ini, masih tiada apa-apa perkembangan terbaharu mengenai Pekan dan kami masih mencarinya. Saya sudah membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Ustaz pun saya sudah jumpa, hasil pertolongan rakan-rakan pencinta kucing.





"Tidak dinafikan ramai yang dating membantu termasuk memberi doa-doa yang sesuai untuk saya diberi petunjuk untuk mencari Pekan.

"Saya sangat menghargainya," kata pelakon Rita Rudaini yang mengakui dia berusaha mencari kucingnya bernama Pekan yang hilang pada penghujung minggu lalu masih diteruskan sehingga kini.

Rita berkata laporan polis sudah pun dilakukan selain usaha berjumpa dengan Ustaz untuk meminta doa dan petunjuk di mana hilangnya Pekan.

Beberapa hari lalu, Rita menerusi akaun Instagram (IG) memaklumkan kehilangan Pekan. Menurut Rita lagi, dia dan anak-anakya kini sedang bersedih sehinga tiada selera makan sejak kehilangan Pekan.

"Saya memang tak keruan, mencari Pekan sampai jam 3 – 4 pagi dan pulang ke rumah waktu Subuh. Makan saya juga tak tentu hingga kawan-kawan perlu bawa saya makan. Menangis tu memang tidak berhenti kerana terlalu sedih.

"Saya sayang kucing saya sama macam anak saya sendiri, yang terdekat dengan saya tahu lah bagaimana saya layan dan jaga kucing-kucing saya. Anak saya pun begitu hingga hari ini masih bersedih. Saya hingga kini tidak cukup rehat dan tidur, tak tahu lah sampai bila saya akan begini," tuturnya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: