28 January 2019

BILA LAKONAN PERTAMA SUFIAN DIPUJI, TAK 'KAYU'


"Terima kasih kepada semua yang menonton #Bayang semalam sampai trending! Berdebar sebenarnya nak tunggu kemunculan sulung saya dalam lakonan, takut orang nampak kayu yang berlakon.





"So kayu ke tak kayu?," demikian kata penyanyi Sufian Suhaimi menerusi laman Instagramnya yang bertanyakan kepada peminatnya mengenai lakonan pertamanya menerusi telemovie 'Bayang' itu sama ada 'kayu' atau tidak.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memuji penyanyi tersebut yang tidak 'kayu' langsung dan berjaya menghidupkan watak yang diberikan.

Ada yang mahu melihat Sufian untuk terus berlakon jika diberikan peluang. Tidak kurang juga, ada segelintir netizen membandingkan Sufian dengan pelakon sensasi, Fattah Amin.

Klik untuk gambar besar


Di dalam keterujaan netizen memuji penyanyi 'Di Matamu' itu, ada beberapa netizen mengkritik bentuk fizikalnya yang terlalu kurus dan cengkung serta meminta Sufian untuk makan lebih banyak. Apapun, ramai yang mengatakan Sufian mempunyai potensi untuk terus muncul di kaca televisyen.

Nampaknya Sufian bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian, malah mempunyai bakat terpendam dalam lakonan. Kemunculan sulungnya 'Bayang' yang disiarkan pada Sabtu lalu mendapat respon positif daripada penonton.

'Bayang' merupakan drama khas yang diterbitkan bersempena Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari ini dan Sufian merupakan salah seorang finalis yang layak ke AJL33 dengan lagunya yang berjudul 'Di Matamu'.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: