28 January 2019

FOTO 'TAK BERHIJAB' TERSEBAR - EMMA MAEMBONG AKUI, MOHON MAAF


Media sosial belum lagi reda tentang isu video pelakon Fathia Latiff yang didakwa buka tudung, kini kecoh pula dengan penyebaran foto wanita mirip pelakon Emma Maembong tidak berhijab dan bergambar mesra dengan seorang jejaka yang mirip abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.





Ada dua foto yang tersebar, satu ketika di sebuah restoran, manakala sekeping lagi memperlihatkan mereka berdua-duaan di dalam bilik sambil wanita itu berada di celah kangkang jejaka tersebut.

Difahamkan, foto 'panas' itu dirakam seminggu lalu ketika pasangan ini sedang bercuti di luar negara. Kedua-dua mereka juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing berserta kapsyen sebagai rakan karib.

Enggan berdiam diri terlalu lama, Emma menerusi laman Instagram telah tampil mengaku bahawa beliau adalah wanita di dalam foto tersebut. Bagaimanapun, Emma menafikan beliau adalah wanita yang duduk mesra di celah kangkang lelaki berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Pada masa yang sama, beliau juga memberitahu foto tidak berhijab itu dirakam baru-baru ini. Emma membuat pengakuan tersebut selepas netizen 'menyerang' ruangan komen di akaun Instagramnya bagi menuntut penjelasan pelakon wanita itu sendiri berhubung kontroversi itu.

Emma sedar apa yang beliau lakukan itu adalah satu kesalahan. Namun, beliau masih lagi mengekalkan penampilan bertudung.

Dalam catatan ringkas yang dimuatnaik di laman Instagramnya, sebentar tadi, Emma turut berterima kasih kepada peminat yang masih setia menyokong dan positif dengan apa yang dilaluinya.



"Salam semua. Sy nk mintak maaf atas salah sy lalai. Mmg salah sy. Bukan salah kawan, keluarga atau sapa2 jgn salah kan diorg sbb sy sendiri yg lalai. Maaf kan sy.

"Thank you kepada yg nasihat sy, dan yg marah yg kecewa atau sedih semua sy mintak maaf ya. Im sorry. Walaupon ramai ckp pergi mintak maaf dekat Allah sy buat, dekat manusia pon still sy kene mintak maaf jgk kan.

"Tak sempat sy nk reply comment satu2 byk sgt. But Thank you yg masih support dan yg positive. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan sy πŸ₯ΊπŸ™❤️🌹 #emmamaembong #emanizers @emanizers," tulisnya.

Pada 19 Januari lalu, Emma ada memuatnaik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai dengan ucapan selamat hari jadi. Emma juga kelihatan dalam majlis sambutan hari lahir Syed Abdullah yang disambut bersama keluarga baru-baru ini.














www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Emma Maembong & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: