28 January 2019

DIGELAR 'CHEF CAMPAK-CAMPAK' - FAZLEY UCAP TERIMA KASIH MENGUTUKNYA


"Terima kasih kerana kutuk dan viralkan saya. Orang Malaysia apabila dia tak faham, dia akan 'membawang'," kata penyanyi dan juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.





Beliau berterima kasih kepada netizen yang mengutuk konsep masakan yang diperkenalkan kerana dia dapat melebarkan sayap ke peringkat global.

Menurut Fazley, 40, gelaran 'chef campak-campak' yang dilemparkan kepadanya itu berkemungkinan kerana netizen tidak memahami konsep masakan tersebut.

"Walaupun gelaran 'chef campak-campak' tu lekat, ia dah jadi gelaran yang menyeronokkan. Orang kita dia kutuk dulu, puji kemudian. Pada saya itu dah lumrah.

Klik untuk gambar besar


"Kutukan tu macam satu doa, saya terima dengan hati terbuka," ujar Fazley yang ditemui sewaktu persembahan hidangan 'Sewwt Table' di Taipa Village, Macau pada Ahad.

Fazley diberi penghargaan oleh Badan Pelancongan Macau untuk membuat demonstrasi masakan, kolaborasi bersama Chef Ricardo Alves, dari Restoran Tapas de Portugal.

Sesi persembahan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 50 penduduk tempatan, media Macau dan wartawan Malaysia.

Mengulas mengenai jemputan itu, Fazley mengakui bersyukur dan menyifatkan ia sebagai satu pencapaian besar dalam kerjayanya.



"Ini merupakan penghargaan kepada saya, apabila orang luar pun memandang apa yang saya lakukan. Malah, saya juga ada menerima beberapa jemputan untuk berkolaborasi dengan chef dan hotel-hotel luar negara," tuturnya.

Konsep hidangan 'Sweet Table' sebelum ini diperkenalkan oleh Fazley di restoran miliknya, SukaSucre Bistro.

Mengulas mengenai perkembangan seninya, Fazley memberi bayangan untuk menghasilkan single baharu, kolaborasi bersama penyanyi tempatan pada tahun ini.

Malah kata bapa empat orang cahaya mata ini, dia juga akan menjadi pengacara untuk sebuah program baharu tidak lama lagi.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: