15 January 2019
DIMINTA PADAM FOTO 'LAMBUNG': "SAYA TAK AKAN..... KERANA...." - FASHA
"No komen. Itu jawapan saya terhadap gambar 'lambung' itu. Saya juga tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja," demikian kata pelakon Fasha Sandha yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai foto 'lambung' dan memberitahu dia tidak akan memadam gambar berkenaan atas dasar kerja.
Baru-baru ini, foto yang dimuatnaik Fasha di akaun Instagram menunjukkan sedang 'didukung' oleh tunangnya, pelakon Aidil Aziz mencetuskan kontroversi dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.
Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dengan mengatakan mereka baru saja bertunang tetapi bergambar seperti pasangan suami isteri. Tidak kurang juga ramai yang meminta agar Fasha memadam gambar tersebut.
Terdahulu, gambar tersebut dikecam teruk oleh netizen yang mendakwa tindakan Fasha itu memberikan contoh yang tidak baik terutama kepada anak-anak.
Klik untuk gambar besar
Namun, ada segelintir netizen memberikan teguran secara baik dengan menasihati Fasha agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai khabar angin mengatakan dia menerima bayaran lumayan bagi menjayakan projek menguruskan badan, Fasha enggan membuka mulut.
"Jawapan itu juga no komen. Apa pun bagi saya itu rezeki pembuka untuk tahun ini, InsyaAllah," tuturnya.
Selepas berteka teki dengan para peminat dan media, Fasha akhirnya mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment