03 January 2019

'DON' HANTAR NOTIS - LINDA RAFAR DIKEHENDAKI MOHON MAAF, GANTI RUGI


Baru-baru ini, menerusi Facebook Deligasi Jururawat Malaysia (DON), pengendali laman terbabit telah memuatnaik notis tuntutan mahkamah bertarikh 2 Januari yang telah dihantar semalam kepada penyanyi Linda Rafar.





Dalam notis tuntutan mahkamah tersebut menyatakan penyanyi kumpulan Elite itu perlu melakukan permohonan maaf dan ganti rugi dalam tempoh tujuh hari. Andai Linda gagal melaksanakannya, kes ini akan dilanjutkan menerusi prosiding mahkamah.

Di samping itu, DON turut mengucapkan terima kasih kepada penderma dan penyokong yang sudi membantu mereka serta berharap kejadian tersebut dapat menjadi tauladan kepada semua orang.

"Sekali lagi ingin kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma dan penyokong yang sudi membantu kami mengemukakan tindakan perundangan kepada pihak berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Kami berharap insiden ini mampu menjadi tauladan supaya tiada lagi kes buli siber disebarkan melalui mana-mana platform media sosial dan internet," tulisnya.

DON juga mengingatkan kepada umum bahawa tindakan perundangan ini tidak sama sekali mengganggu siasatan dalaman hospital.

"Ini adalah kerana kes ini tidak berkaitan dengan kejadian yang tular di hospital yang terlibat akan tetapi lebih kepada hantaran viral di Instagram milik selebriti itu sendiri," tulisnya lagi.

Terdahulu, Linda meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk dari seorang jururawat yang tidak mengendahkan permintaannya untuk menukarkan cadar di katil ibunya.



Susulan pendedahan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Hak Milik Kekal itu mendapat ugutan daripada individu yang tidak dikenali untuk meracuni ibunya yang sedang sakit.

Pada masa sama, DON menegaskan tindakan perundangan yang dilakukan itu sama sekali tidak mengganggu dalaman pihak hospital kerana kes tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kejadian tukar cadar yang tular di hospital berkenaan. Sebaliknya, ia lebih kepada kejadian tular yang disebarkan menerusi Instagram milik Linda sendiri.

Terdahulu, kecoh di laman sosial beberapa hari lalu selepas Linda memuatnaik Insta Story yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan yang enggan menukar cadar katil ibunya yang menerima rawatan di situ.

Difahamkan, jururawat tersebut tidak mengendahkan pemintaan Linda dan membiarkan cadar itu kotor selama beberapa jam. Tindakan Linda yang berkongsi perasaan tidak puas hati di laman sosial kemudiannya mendapat maklum balas yang pelbagai daripada ramai pihak sehingga ia mengundang tindakan undang-undang daripada DON kerana didakwa memfitnah jururawat terbabit.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: