03 January 2019

RAKAN BAIK DEDAH ELFIRA GADIS IDAMAN FARIS, 5 TAHUN LALU


"Sewaktu dalam kelas sekitar lima tahun dahulu, Faris pernah memberitahu bahawa Elfira Loy adalah gadis idamannya. Hari ini dia dapat mengahwini gadis berkenaan.





"Jodoh adalah hal yang membahagiakan," tulis rakan baik, Faris K Anuar iaitu penyampai radio, Hani Fadzil menerusi Instagram Story yang mendedahkan Faris mula menyimpan perasaan terhadap isterinya, pelakon Elfira Loy sejak lima tahun lalu.

Selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu, majlis pernikahan serba mewah pasangan sensasi Elfira loy dan Faris Khairol Anuar masih lagi menjadi bualan ramai netizen.

Klik untuk gambar besar
Hani  Fazdil



Boleh dikatakan hubungan Elfira dan suaminya tidak terlalu didedahkan kepada umum dan ramai tertanya-tanya bagaimana perkenalan mereka.

Mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Pasangan itu juga dikatakan akan mengadakan kenduri perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut dilaporkan mereka bakal mengadakan lima majlis berbeza bagi meraikan hari bahagia mereka.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & xtra


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: