15 January 2019

ISTERI LAN SOLO: "MEREKA YANG PERNAH KENA BISUL SAJA TAHU"


Isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim, 34, terpaksa menanggung sakit Carbuncle atau bisul selama sembilan hari sebelum menjalani pembedahan kecil baru-baru ini.





Sheila, 34, berkata dia tidak menjangka luka kecil seperti jerawat yang tumbuh di bahagian belakang paha itu membesar menjadi bisul.

"Hanya mereka yang pernah kena bisul saja tahu macam mana sakit dan seksanya nak bergerak. Saya perasan benda ini dua hari sebelum sambutan tahun baru. Ketika itu nampak macam jerawat biasa. Tidak menjangka pula ia punca kepada bisul.

"Orang kita cakap ia bisul akar sebab tak ada mata. Bisul ini pula membesar dan bengkak, tetapi tak ada tempat nak pecah. Jika dibiarkan, ia boleh merebak ke bahagian saraf badan. Kiranya agak bahaya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sheila berkata, bisul itu mengakibatkan dia demam dan pitam di belakang pentas ketika menemani suaminya membuat persembahan.

"Apabila bisul membengkak, saya demam dan menggigil sebab tahan sakit. Saya tak boleh berjalan dan duduk dalam tempoh lama. Serba serbi tak kena dibuatnya.

"Disebabkan saya pitam di belakang pentas, Lan pujuk untuk ke Hospital Shah Alam. Malam itu juga, saya ditahan wad dan keesokannya menjalani pembedahan kecil.

"Doktor beritahu, kalau nak cepat baik memang kena bedah selain makan ubat antibiotik yang diberi. Jika diberi skala kesakitan, saya bagi 10 per 10. Tak nak dah kena sakit ni," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: