05 January 2019

IZREEN SAH HAMIL 3 BULAN - BEKAS MADU UCAP TAHNIAH


"Alhamdulillah.. tahniah ex madu. Hahaha InsyaAllah bonda pun berhak bahagia. Sekarang dalam perjalanan menuju ke jalan bahagia," demikian tulis Intan Liana Saleh kepada bekas madunya, pelakon Izreen Azminda yang sah hamil tiga bulan.





Menjawab soalan daripada pengikutnya berkaitan berita kehamilan Izreen melalui Instastory, bekas isteri Ude itu mengucapkan tahniah kepada bekas madunya itu. Dalam pada itu, pengikutnya turut mendoakan kebahagiaan Intan.

Menerusi laman Instagram semalam, Izreen dan suami seorang pemuzik bebas, Ude Wahid telah mengumumkan berita gembira dimana mereka bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pelakon 'Ahli Mesyuarat Tingkap itu kini sedang hamil 3 bulan dan dijangka bakal bersalin sekitar bulan Julai depan.

Terdahulu, nama Intan menjadi perhatian umum apabila perkahwinan rahsia Ude bersama Izreen Azminda terbongkar.

Klik untuk gambar besar


Intan dan juga Ude sebelum ini berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, Ude menceraikan Intan Liana dengan talak satu selepas lima tahun berumahtangga.

Intan dan Ude sah bercerai pada Mac 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014. Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: