04 January 2019

"SIAPA ANDA UNTUK MENILAI... BIAR KERJA TUHAN" - NATASHA HUDSON


"Masyarakat menghakimi saya melalui niqab atau tidak. Saya akan memakainya bila saya rasa perlu. Apa yang saya buat ini adalah atas keizinan suami bukannya keizinan anda.





"Jadi fikirlah, bukan anda yang berdepan dengan kesannya," ujar pelakon Natasha Hudson yang menjelaskan dia membuka niqab atau purdah selepas mendapat keizinan suaminya iaitu Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha, 36, yang berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kelantan pada 8 Disember 2018 itu meminta netizen tidak membuat penilaian terhadapnya berdasarkan pemakaian tersebut.

Klik untuk gambar besar


Pada pagi Khamis, Natasha memuatnaik foto dan memberitahu dia tidak lagi menggunakan niqab selepas berkahwin. Pelakon drama 'Puisi Indah Si Pari-Pari' itu, mula memakai niqab sekitar tahun 2016.

Dalam pada itu, tambah Natasha, tiada siapa yang berhak menilai seseorang melalui pakaian kecuali tuhan.

Dia juga meminta orang ramai tidak mengajarnya tentang agama, berikutan dia juga mempunyai sumber rujukan dalam hal itu.

"Semua orang harab bertenang, perjalanan kehidupan anda dengan saya berbeza. Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai? Biar kerja tuhan. Jangan ajar saya tentang agama kerana saya juga ada rujukan," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: