26 January 2019

"KAMU SUDAH MENGHUKUM SAYA!!!" - SHAHROL SHIRO 'HENTAM' SURIA FM


"Tolong jadi profesional Suria FM! Kenyataan saya sebelum ini sudah berterima kasih dan menghargai kamu. Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengaibkan saya. Kenapa timbulnya isu ini? Adakah disebabkan hasad dengki? Atau terdengar bisikan syaitan?





"Biar saya jelaskan satu-persatu. Isu ponteng kerja, cuti sakit dan disiplin memang ada berlaku sepanjang MLM2018 (Maharaja Lawak Mega 2018). Kadang-kadang mencari idea sehingga jam 3 pagi, pukul 5.30 sudah bangun, ada yang terlajak.

"Apa hukuman kamu? Kamu gantung dan tolak gaji saya. Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu sudah menghukum saya!!!," tulis pelawak dan pelakon Shahrol Shiro yang menyelar dakwaan kontraknya bersama stesen radio Suria FM ditamatkan atas dasar masalah disiplin.

Shahrol, 34, berkata dia amat terkilan apabila Suria FM bersikap tidak profesional sekali gus turut mengaibkannya.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Shahrol juga kecewa apabila Suria FM tidak menyokong perjuangannya dalam MLM2018 serta tidak bertimbang rasa dengan jadualnya.

"Sepatutnya kamu berikan sokongan, penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak. Gambar saya di sosial media @suriamalaysia jarang sekali di'repost'.

"Sepanjang jelajah Suria, ada tempat yang tidak dapat pergi kerana masalah keluarga dan 'show' sudah 'lock' (diterima) terlebih awal.



"Kamu suruh saya naik bas untuk jelajah Suria setiap Jumaat sedangkan kamu tahu saya terbabit dalam Super Spontan," demikian antara luahannya.

Terdahulu, pihak pengurusan Suria FM menafikan kenyataan dikeluarkan Shahrol untuk mahu fokus dengan syarikat produksi miliknya, Bushido Production yang beroperasi di Johor sebagai alasan tidak menyambung kontrak.

Sebaliknya, mereka terlebih dahulu menamatkan kontrak Shahrol lebih awal iaitu pada 11 Januari lalu, biarpun kontrak sebenar anggota Shiro itu adalah selama setahun bermula 1 Ogos 2018.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Shahrol Shiro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: