26 January 2019

SUFIAN DIKECAM TERUK KAPSYEN BERBAUR 'RASIS'


Baru-baru ini, ada cerita yang tak sedap di dengar mengenai penyanyi sensasi, Sufian Suhaimi dikala dirinya kini dalam kesibukan membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) tidak lama lagi.





Menerusi laman Instagram, Sufian ada memuatnaik gambarnya berserta kepsyen yang mengundang kemarahan netizen. Status yang dikatakan berbaur rasis itu dikecam teruk oleh netizen.

Diruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan penyanyi itu yang tidak sepatutnya menggunakan perkataan tersebut.

Netizen juga mendakwa mungkin ini sebab mengapa Elfira tidak mahu meneruskan hubungan dengan penyanyi itu kerana siapa yang mahu berkahwin dengan seorang yang rasis dan tiada sensitiviti.

Klik untuk gambar besar


Selepas dikecam teruk, Sufian dilihat menukar kapsyen gambar tersebut. Bagaimanapun, status barunya itu menaikkan lagi kemarahan netizen kerana penyanyi itu sepatutnya membuat permohonan maaf dan bukannya bersikap lepas tangan.

Kata netizen lagi, disebabkan isu ini mungkin karier penyanyi itu akan berakhir tidak lama lagi. Ada segelintir meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Sufian kerana dia memegang Ijazah Sarjana tetapi seolah tidak tahu bahawa perkataan tersebut tidak boleh digunakan sesuka hati.

Apa-apapun diharap selepas ini Sufian lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sufian Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: