25 January 2019

KERANA VIDEO 'TUNJAL' - ALIFF SYUKRI & ISTERI TERPAKSA PULANGKAN QAYYUM


Nampaknya kisah ibu kandung Qayyum yang mahu mengambil balik anaknya yang sebelum ini diserahkan kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida masih lagi jadi bualan hangat.





Menerusi perkongsian terbaru Shahida, anak angkatnya, Qayyum sudah pun dipulangkan kepada ibu kandungnya. Dalam pada itu, Shahida meluahkan rasa terkilan terhadap netizen yang kerap membandingkan anaknya dengan Qayyum.

"Netizen yang start compare Qayyum Ameena dan Yusoff, dari start saya mengandung dah macam-macam komen keluar, dah mengandung nanti pilih kasih, lepas tu dah beranak komen pula kenapa Yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak Qayyum dan Ameena bagi beranak kat hospital lain.

"Dah lahir compare pula majlis cukur jambul, lepas tu compare pula apa yang hadiah Yusoff dapat dengan yang Ameena Qayyum dapat, compare strollers, baju, kasut, bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai, jari-jari tu selagi tu la macam-macam menulis.

Klik untuk gambar besar


"Korang ingat mak dia tak baca ke, pastu komen pula kata Qayyum lembab la, tak sihat la, terencat la. Belum lagi isu tunjal kepala la.

"Jangan pandai-pandai nak salahkan mak dia lebih-lebih sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk. So tak perlu nak sedih-sedih sangat sebab puncanya dari kita semua," tulis Shahida.

Dalam masa sama, Shahida meminta netizen tidak menyalahkan ibu kandung Qayyum kerana mengambil kanak-kanak itu kembali. Shahida juga percaya perancangan Allah lebih baik buat Qayyum selepas ini.



Untuk pengetahuan, tidak lama selepas Shahida mengambil Qayyum, pasangan itu dikurniakan anak kandung, Yusoff Al-Qardawi. Sehingga hari ini, Shahida sempat menjaga Qayyum selama setahun sahaja.

Walaupun Shahida atau nama penuhnya Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid, menulis dia tidak rasa sedih, tetapi semua orang tahu betapa hancurnya hati beliau.

"Saya tak sedih pun, saya pura-pura sedih aja! Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk Mak Qayyum lebih-lebih? Sebab kalau saya ada di tempat dia, maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi," kata Shahida.

Shahida turut meluahkan rasa terkilan dengan komen-komen segelintir netizen yang sering membandingkan layanan terhadap Qayyum dengan Yusoff yang merupakan anak kandungnya.



"Saya tidak marah dan berdendam, Cuma supaya benda-benda ni tidak berlaku pada masa lain. Yang dah jadi tak boleh di putar balik. Cuma doakan yang terbaik sudah memadai. Saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum.

"Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik. Mak dia pasti jaga dia lebih baik. Saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni," tuturnya.

Sebelum ini, Aliff terkilan dengan permintaan ibu kandung anak angkatnya yang meminta semula anaknya berikutan video tular pembantu rumahnya dituduh 'menunjal' kepala kanak-kanak itu meskipun sudah memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.

Bagaimanapun, difahamkan Aliff dan isterinya terpaksa akur dan akan memulangkan semula Qayyum kepada ibu kandungnya hari ini.



Melihat pada entri yang dimuatnaik, Aliff meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak angkatnya itu yang sudah dijaga selama setahun. Katanya lagi, dia dan isteri sudah menjaga Qayyum sejak dari dalam perut ibunya lagi.

Biarpun berat hati dan sedih kerana terpaksa melepaskan anak angkatnya itu, Aliff redha di atas apa yang terjadi jika ini jalan yang terbaik untuk Qayyum.

Video terakhir Aliff bersama Qayyum yang dikongsikan di laman Instagram itu turut membuatkan netizen merasa sebak dan sedih. Rata-rata netizen mendoakan agar ibu kandung dapat menjaga Qayyum dengan baik dan semoga kanak-kanak itu membesar dalam keadaan baik.

Apapun, Aliff dan isteri sudah buat yang terbaik untuk anak angkatnya itu. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan tersebut dan Allah punya rencana terbaik.


















www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Astro Gempak, Beautifulnara, Instagram Shahida & Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: