18 January 2019

KONGSI VIDEO DILAMAR - TINDAKAN RAJA ILYA DIPERTIKAI


Pelakon Raja Ilya yang sudah hampir sebulan mendirikan rumah tangga itu semalam telah memuatnaik sepotong video ketika dilamar suaminya, Trent Garrett.





Dalam video tersebut, Ilya 'diperangkap' oleh teman baiknya sebelum dikejutkan dengan proses lamaran Trent.

"I won't forget this moment, a beautiful surprise proposal," tulisnya pada video itu.

Tidak dinyatakan lokasi lamaran itu, menerusi rakaman video berkenaan, Trent muncul dari arah belakang ketika Ilya sedang menikmati makan malam.

Klik untuk gambar besar


Terkejut dengan kemunculan Trent, Ilya memeluk jejaka berkenaan dan dibawa ke ruang tengah restoran itu yang dikelilingi oleh lilin berbentuk susunan love. Trent melutut sambil menyarungkan cincin lamaran kepada Ilya.

Video berdurasi seminit itu meraih perhatian ramai yang tersentuh dengan aksi lamaran penuh romantis pasangan itu.

Namun, perkongsian itu turut mendapat reaksi kurang senang segelintir netizen yang menganggap tindakan itu tidak mencerminkan cara hidup Islam.

Untuk makluman, Ilya dan Trent telah berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia. Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: