19 January 2019

MLM 2018 - SHIRO AKHIRNYA MUNCUL JUARA, RAIH RM500,000



Seperti sudah dijangka, Kumpulan Shiro yang sering membuat persembahan konsisten dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018), muncul sebagai juara sekaligus meraih RM500,000. Lawak bersahaja yang menyelitkan jati diri serta semangat patriotik pada negara sememangnya memikat hati penonton dan juri yang dilihat amat berpuas hati dengan persembahan mereka.





Tempat kedua pula (RM250,000) dimenangi oleh Kumpulan Bocey yang dilihat sedikit slow pada tema bebas dan hanya menyengat melalui tema muzikal. Manakala ketiga (RM150,000) ialah Kumpulan Zero yang turut kurang menyerlah dalam tema muzikal meskipun menampilkan semangat dalam tema bebas.

Kumpulan Puteh dan Kumpulan Taman pula masing-masing hanya berpuas hati dengan tempat keempat (RM50,000) dan kelima (RM15,000) setelah mereka mencuba sedaya upaya.

Hadiah telah disampaikan oleh pelakon berbakat besar iaitu Wan Maimunah dengan disaksikan oleh hampir seribu penonton secara 'live' di Royal Teater, Shah Alam, Selangor.





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: