Amboiii... beruntungnya jadi Cik B... Iyelah tahun lalu, ibunya, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menghadiahkannya sebuah kereta mewah, Mercedez Benz CLK berharga setengah juta.
Terkini, Cik B yang baru berusia 13 tahun dan baru saja memasuki sesi persekolahan 2019 itu menerima kejutan apabila ibunya itu sekali lagi menghadiahkannya dan kali ini sebuah buku nota jenama mewah, Louis Vuitton berharga RM3,000.
Kata DSV, hadiah tersebut diberikan memandangkan anak perempuannya itu rajin ke sekolah. Diruangan komen rata-rata netizen cemburu dengan kehidupan Cik B yang hidup serba mewah dan tidak kurang juga ada yang mengatakan Cik B sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang penyanyang.
Klik untuk gambar besar
Namun, sudah tentu ada saja komen negatif netizen yang menyifatkan pembelian buku tersebut hanya satu pembaziran dan lebih baik digunakan untuk membantu orang susah. Ada juga segelintir netizen mendakwa tindakan Vida itu seperti mahu menunjuk-nunjuk.
Bagaimanapun, ada yang memepertahankan Vida dengan mengatakan tiada salahnya jika mampu dan lagipun duitnya itu digunakan untuk melabur kepada anak-anak.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Datuk Seri Vida
________________________
No comments:
Post a Comment