10 January 2019

UQASHA MOHON MAAF, PERNAH JADI CONTOH TAK BAIK


"Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.





"Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.

"Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya," kata pelakon Uqasha Senrose yang baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa hari lalu.

Uqasha berkata, dia tidak mahu lagi dirinya terpalit dengan kontroversi panas seperti sebelum ini. Uqasha memberitahu dia mahu membuka buku baru dan menjalani hidup lebih tenang.

Klik untuk gambar besar


Akui kontroversi terdahulu memberi kesan buruk pada kariernya, kisah lalunya itu memberi pengajaran dan pengalaman untuk dirinya berubah menjadi insan lebih baik.

Kata Uqasha lagi, bukan mudah untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap dirinya, namun dia tidak mahu berubah kerana mulut-mulut orang tetapi biarlah ikhlas kerana Allah.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Uqasha dan semoga dia terus istiqamah untuk berubah.






www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: