26 February 2019

AJL TAHUN INI - AYDA JEBAT TAK MAHU LAGU 'TEMBERANG' BERSAING


Penyanyi Ayda Jebat mengesahkan lagu terbarunya berjudul 'Temberang' itu tidak akan dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) musim ini.





Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, berkata, material lagu berkenaan bersifat hiburan dan dikhuatiri tidak memenuhi kriteria untuk bersaing dalam pertandingan berprestij tersebut.

Menafikan dia memboikot penganjuran AJL, Ayda berkata, dia bersedia untuk kembali berentap sekiranya mempunyai lagu yang boleh dipertandingkan.

"Saya ingin menyatakan pendirian bahawa lagu Temberang tidak akan dipertandingkan untuk bersaing dalam AJL musim ini. Jangan salah faham dengan keputusan ini.

"Saya bukan merajuk dengan AJL kerana insiden lalu, tetapi secara peribadi Temberang bukanlah sebuah naskah untuk dipertandingkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, 'Temberang' adalah lagu ciptaan Ayda bersama Hael Husaini dan Ezra Kong yang juga komposer bagi lagu berkenaan.

Status Hael dan Ezra yang dua kali berturut-turut merangkul tempat pertama AJL ke-32 dan 33 antara faktor peminat ingin menyaksikan lagu berkenaan beraksi di pentas AJL musim ini.

Ayda pernah mencipta kontroversi dalam saingan separuh akhir Muzik-Muzik ke-32 selepas bertanyakan kepada juri mengenai markah keseluruhan persembahannya menerusi lagu Mata.

Tindakannya itu yang dilabel sebagai 'sentap' oleh beberapa pihak telah menuduh pelakon filem 'Pinjamkan Hatiku' itu tidak profesional dan mempertikai tugas juri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Ayda Jebat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: