14 February 2019

"AMINKAN..." - FADZIL ZAHARI MAHU ANAK KEMBAR SEMPENA ANNIVERSARY KE-4


"Sat ja rasanya, hari ni genap dah 4 tahun kita kahwin, Allah dah tunai hampir segala permintaan kita, Ya Allah ada lagi yg nak mintak ni huhu, anak kembar πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ» tahun ni yang sihat sempurna InsyaAllah.





"Happy 4th Wedding Anniversary @yanasamsudin ♥️ u so much... @aisymateen doa kuat2 kasi dapat adik kembar huhu... amin amin ya rabb...," demikian tulis pelakon dan dan penulis skrip, Fadzil Zahari menerusi laman Instagram yang dimuatnaik semalam.

Fadzil yang merupakan adik kepada kepada pelakon Farid Kamil itu mahukan anak kembar tahun ini sempena ulang tahun keempatnya perkahwinannya bersama pelakon, Yana Samsudin semalam. Dia turut memohon peminat yang membaca luahan itu supaya dapat mengaminkan doa mereka.

"Hangpa yang baca & aminkan ni abang juga doakan hangpa dapat apa yang hangpa minta dari Allah, pasangan yang baik, anak yang baik & sihat, kesihatan yang baik, ibu bapa & mertua yang baik & sihat macam yang kami dapat dan seterusnya rezeki hangpa yang melimpah ruah InsyaAllah..," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, pasangan itu berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun.

Mereka masih berusaha untuk mendapatkan anak kedua termasuk melalui rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sejak 2017.

Dalam luahan menyentuh hati itu, Fadzil turut berkongsi pengalaman dan detik awal perkenalan dengan Yana lebih empat tahun lalu. Selain itu, Fadzil turut mendedahkan perkenalan awalnya dengan Yana bukanlah mudah.



"Teringat lagi 5-6 tahun dulu kami pun bukan semudah ini, jalan yang di lalui penuh dugaan & ujian... walaupun keluarga semua dah ok, tapi ada juga pihak yang tak setuju kita berkawan, depa hasut cakap I takda masa depan, akan ganggu masa depan u

Fadzil turut berterima kasih kepada Yana kerana 'buat bodoh' dengan tanggapan pihak berkaitan dan sudi berkawan dengannya ketika dia tiada apa-apa.

"TQ sayang u buat bodoh ja apa depa cakap, u terima I nak berkawan dgn u dulu, masa i takda apa2, seorang penganggur yang berkepala botak, naik kereta kancil subsidi dari mama & abah πŸ˜‚.. (dulu belum ada BRIM) ada redha ibu bapa, buat ja apa yang hangpa rasa betoi.. Go!!," katanya.



Ceritanya lagi, bermula dari tiada apa-apa, mereka sama-sama membina jenama Prokurya Studios, Ayana Hijab, Yana Supercookies dan Food Channel.My.

"Sampai sekarang kita sama2 bina @prokuyastudios @ayanahijab @yanasupercookies @foodchannel.my dan janji Allah tu benar, niat ja nak kahwin masa tu, rezeki datang melimpah ruah.. tak tersangka sangka. Bila dapat anak pulak lagi melimpah ruah rezekinya haaa.

"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya — HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi.

"Yang mana rasa ragu ragu nak kahwin takut tak cukup duit nak bagi anak isteri makan, niat dulu nak kahwin kerana Allah. Pastu hang tengok la macamana Allah mudahkan urusan hang...," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Fadzil Zahari & Yana Samsudin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: