14 February 2019

"KENAPA ORANG MELAYU SUKA JATUHKAN ORANG MELAYU" - ALIFF SYUKRI


Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi foto hadiah ganjaran bernilai RM350,000 untuk pekerja dan seluruh pasukan yang menjayakan projek terbarunya dikenali sebagai 'As Legacy' sambil melakukan cabaran 'Falling Stars Challenge' dan ia telah mencuri tumpuan ramai.





Sekali lagi, jutawan yang juga bergelar penyanyi ini dituduh riak kerana terlalu ingin menunjuk betapa beliau mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan Aliff itu dan apa salahnya untuk beliau berkongsi rasa gembira atas pencapaian pekerjanya dan ingin menghadiahkan mereka ganjaran yang cukup istimewa.

Sementara itu, Aliff menerusi muatnaik yang lain, telah tampil memberi responnya berhubung dirinya yang dikatakan riak.

Klik untuk gambar besar


"Kenapa org melayu suka jatuhkan org melayu?? lain kalau plz baca caption sampai habiss.. jgn pandai menkeji saya jee... 😪😪😪.

"Yg penting org yg join bisnes sy semua dpt ratus2 ribu dan sy niaga iklas bantu org nak berjaya dan saya juga buat apa yg org islam wajib buat bayar zakat.....

"Apapun kepada mp dan MOP kita jumpa di malam gala @as.legacymalaysia_ di Mandarin Oriental pada 20 April 2019," katanya.

Setiap orang mempunyai cara masing-masing dan kita semua tahu Aliff memang gemar memuatnaik setiap aktivitinya di media sosial. Fikir positif sahaja dan anggap ia sebagai pembakar semangat untuk mereka di luar sana berjaya seperti beliau.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Datuk Seri Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: