14 February 2019

DIKATA WAJAH TERLALU MATANG DARI USIA - INI RESPON HANEESYA HANEE


Nampaknya kontroversi panas ketika menyertai sebuah program realiti popular sudah hampir sebulan berlalu, modal dan pelakon Haneesya Hanee dilihat terus bangkit dan namanya kini semakin berkembang dalam dunia peragaan.





Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-19 tahun, bagaimanapun gambar yang dikongsikan ketika sambutan tersebut menjadi bualan ramai apabila ada netizen mengatakan wajah Hanee terlalu matang dan tidak sesuai dengan usianya.

Perkara itu mendapat perhatian Hanee yang meluahkan rasa kecewa apabila namanya viral hanya kerana sebab tidak berasas gara-gara wajahnya yang kelihatan matang.

Klik untuk gambar besar


Menerusi Twitter, Hanee juga tidak faham mengapa isu kecil seperti ini boleh diperbesarkan. Katanya lagi, dia juga tidak minta untuk dilahirkan dengan memiliki wajah matang.

"Dah nak buat macam mana muka matured. Takkan aku nak pakai baju Barbie semua baru nampak macam muda. Kena viral sebab muka matang. Kena kecam sebab muka matang. Ya Allah, adakah saya minta untuk dilahirkan dengan muka matang? Sudah tentu tidak," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan pendapatnya dan meminta Haneesya tidak mempedulikan komen negatif tersebut yang disifatkan cuba menjatuhkannya.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin netizen itu cemburu kerana tidak memiliki wajah seperti Haneesya.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Hangat.com


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: