26 February 2019

BAKAL SUAMI ORANG KELANTAN - ELLY MAZLEIN TAK SABAR SOLAT BERJEMAAH


"Dia seorang yang sangat baik. Selain selalu meluangkan masa menjaga anak saya, iaitu Puteri Sara Sefia, dia juga tidak pernah tinggal solat. Setiap kali tibanya waktu solat Subuh, dia pasti akan menghubungi saya mengingatkan supaya mengerjakan solat.





"Hal ini menyebabkan saya tidak sabar untuk solat berjemaah bersamanya. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah merasai pengalaman solat berjemaah bersama suami," demikian kata penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berhubung bakal suaminya itu.

Memberi gambaran bakal menamatkan zaman janda, Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, menyifatkan teman lelakinya kini sebagai calon suami yang terbaik.

Elly berkata, jejaka berusia lewat 20-an yang masih dirahsiakan nama dan wajahnya itu merupakan seorang lelaki yang baik dan sentiasa mementingkan perihal agama.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Elly menyifatkan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan dan mengutamakan solat adalah salah satu punca dia memilih pemuda itu.

"Dia calon terbaik untuk dijadikan suami. Dia jaga solat dan mengingatkan saya untuk melakukan kewajipan itu. Sejujurnya salah satu impian saya untuk bersolat dengan suami dan saya harapkan ia menjadi satu kenyataan salam hubungan yang bakal kami bina nanti," ujarnya.

Menurut Elly, dia mula mengenali lelaki yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan itu sejak Ogos tahun lalu dan bakal bertemu dengan keluarga teman lelakinya itu di Kelantan pada Mac ini.

"Teman lelaki saya datang daripada keluarga yang besar. Dia merupakan anak kelapan daripada 13 adik beradik. Sejujurnya, saya berasa sangat teruja untuk mengenali keluarganya dengan lebih dekat.



"Alhamdulillah saya sudah berjumpa dengan adik-beradik dia yang berada di sini dan Insya-Allah pada bulan tiga saya akan berjumpa keluarganya di Kelantan. Saya bersyukur dapat tumpang kasih sayang dalam keluarga yang besar, maklumlah keluarga saya kecil," tuturnya.

Sementara itu, Elly berkata yang dia mengenali lelaki berkenaan secara tidak sengaja pada Ogos tahun lalu. Jelasnya, hubungan tersebut menjadi semakin rapat dan serasi.

"Bila kami berjalan bersama-sama dengan anak saya Sefhia, saya rasasangat bahagia kerana tidak pernah rasa sebelum ini. Dia pun sama tidak pernah berkahwin dan rasa kasih sayang anak dan isteri.



"Kami seperti saling melengkapi dan saya bersyukur anak saya sangat sayangkan dia," tuturnya masih belum bersedia berkongsi identiti bakal suaminya itu.

Dalam pada itu, Elly turut menyatakan hasrat untuk mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun, dia masih merahsiakan tarikh pernikahan bersama teman lelakinya itu.

Untuk makluman, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2016.

Hasil perkahwinan itu, Elly dan Azmi dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini bersuai tiga thun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, mStar & Instagram Elly Mazlien


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: