26 February 2019
ZAITON SAMEON DEDAH RAMAI CUBA 'TACKLE' TERMASUK SEORANG DATUK
Mendedahkan dia pernah didekati lelaki berpangkat Datuk yng menyatakan hasrat ingin mengenalinya dengan lebih rapat, penyanyi popular era 1980-an, Zaiton Sameon, 62, bagaimanapun brkata dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan serius dengan lelaki tersebut dan lebih selesa hidup bersendirian tanpa suami.
"Sejujurnya ramai yang cuba 'tackle' (pikat) saya termasuklah ada seorang lelaki berpangkat Datuk tapi saya tak tertarik kerana serik berhubungan dengan lelaki kenamaan.
"Bayangkan selama 37 tahun saya menjanda membuatkan saya lebih selesa begini namun jika sudah tertulis ada jodoh saya reda dan tak menolak.
"Kalau ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahukan seorang lelaki yang boleh membimbing dan menjalani kehidupan ini dengan penuh bahagia," katanya.
Klik untuk gambar besar
Untuk rekod, penyanyi lagu 'Menaruh Harapan' ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun berakhir dengan penceraian.
Dia juga mempunyai seorang anak lelaki namun meninggal dunia selepas dia dan anaknya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak lama dulu.
Sementara itu, Zaiton menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia menjalankan perniagaan makanan iaitu 'Rendang Dapor Zaiton Sameon' kerana tiada tawaran nyanyian.
Menurut Zaiton, dia masih aktif menerima undangan persembahan dan perniagaan itu hanyalah sekadar kerjaya sampingan.
"Saya sedar ada mulut-mulut yang kat saya meniaga sebab tak ada show padahal ada saja tawaran dan nyanyian masih keutamaan saya, manakala perniagaan pula sebagai side income.
"Alhamdulillah, rezeki dimurahkan apabila ada yang tawarkan undangan nyanyian dan dalam masa sama memberi peluang berniaga dengan menyediakan booth jualan," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment