Sebelum ini, foto penyanyi antarabangsa, Yuna bergambar bersama kumpulan Hip Hop popular Korea, Epik High di Coachella 2016 di Amerika Syarikat mencetuskan sensasi buat peminat kedua-dua artis ini.

Ramai sekali yang teringin untuk melihat Yuna dan Epik High bekerjasama dan pastinya akan menghasilkan karya yang gempak.
Nampaknya impian tersebut mungkin sudah pun menjadi kenyataan apabila Epik High baru-baru ini mengumumkan album terbaru mereka Sleepless In__ dan turut memberikan sedikit 'teaser' kolaborasi mereka dengan beberapa artis.
Klik untuk gambar besar

Menariknya, mereka tidak pula mendedahkan identiti artis-artis berkenaan tetapi berdasarkan foto polaroid itu, ramai yang sudah boleh meneka Yuna adalah salah satu artis yang bergabung dengan Epik High.
Difahamkan, album Sleepless In__ akan dilancarkan pada 11 Mac depan. Jika benar... tidak sabar rasanya untuk nantikan lagu terbaru Yuna dan Epik High. Semestinya akan mendapat sambutan hangat!



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment