16 February 2019

BILA QUE HAIDAR 'BASUH' NETIZEN YANG KOMEN NEGATIF


"Cuba dengar percakapan anda semula atau cuba baca balik apa yg anda Comment tu. adakah anda dan family anda sempurna? Adakah saya perlu post semua amalan dan kebaikkan saya dan family?.





"Adakah anda benar2 mengenali saya dan family? Adakah anda pasti saya dan family tidak ada sedikit pun terasa hati dgn kata2 anda?

"Or you just don't care if saya dan family terasa hati? Or anda mmg tak pasti maksud menguris hati manusia lain?. Setiap hari saya cuba menjadi yang terbaik untuk anak-anak saya.

"Saya harap bila mereka besar nanti mereka tahu saya adalah ayah yang terbaik untuk mereka," demikian tanya pelakon Que haidar di laman Instagramnya yang ternyata kecewa dan terguris dengan komen-komen negatif segelintir netizen.

Klik untuk gambar besar


Que meminta sesiapa yang meninggalkan komen menghina supaya melihat kepada diri dan keluarga mereka sendiri. Ujar Que, jangan mempertikaikan kesempurnaan pemakaian, amal ibadah orang lain sebelum bertanyakan sama ada diri sendiri sudah sempurna.

"Mungkin anda nampak kekurangan saya dan family, Alhamdulillah Sbb sy celebrity.. pernahkah anda bertanya siapa yg pernah menegur kelakuan BETUL anda?," katanya.

Menurut Que, Arwah ayahnya selalu berpesan jangan menyakiti hati org lain Sebab kita tak tahu jika orang itu boleh memaafkan kita.

Kata Que lagi, jangan benci dia dan keluarganya hanya kerana segelintir netizen berfikir bahawa mereka tidak seperti yang diinginkan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro gempak & Instagram Que Haidar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: