05 February 2019

FOTO TULAR 'TIDUR BERSAMA WANITA' - INI KOMEN SUFIAN SUHAIMI


Di saat kemenangannya meraih trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL 33) menerusi lagu 'Di Matamu' itu yang sedang hangat diperkatakan, penyanyi Sufian Suhaimi telah diuji apabila baru-baru ini tular foto seakan mirip dirinya yang sedang tidur bersama seorang wanita.





Sufian ketika ditanya mengenai foto tular tersebut yang mungkin membuatkannya risau jika perkara ini akan memberi impak terhadap kerjayanya tatkala dia sedang meraikan kemenangan dan diganggu pula oleh perkara negatif sebegini, penyanyi yang telah bergelar seorang pelakon itu mempunyai jawapan tersendiri.

"Saya tak tahulah kerana ada banyak muka Sufian Suhaimi dekat Malaysia ni... Sebelum ini, ada pengawal keselamatan, macam-macamlah... Saya pun tak pasti dengan gambar itu. Mungkin itu adalah salah satu attack....

Klik untuk gambar besar


"Isu itu saya rasa tak perlu diperbesarkan. I think it is just another troll, by the netizen. Saya tak suka bila statement itu disalahgunakan atau pun diputarbelit, jadi saya rasa biarlah benda tu terhenti di situ saja.

"Not really. Saya rasa benda ini bukan bukan satu isu yang besar. Banyak gambar-gambar yang berada dekat internet sekarang yang boleh digunakan. This is another picture," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: