05 February 2019

AL-FATIHAH - PELAKON 90-AN, ROSLAN HUSSIN KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon dan pengarah drama era 1990-an, Roslan Hussin, 54 tahun, atas pemergiannya yang meninggal dunia pada jam 4.45 petang semalam selepas mengadu sesak nafas ketika memandu kereta.





Allahyarham yang ditemani anak perempuannya, sempat memberhentikan kenderaan dan meminta bantuan orang awam untuk membawanya ke hospital.

Setibanya di HKL, Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan. Adik Roslan, Mashor memberitahu, doktor cuba memberi bantuan pernafasan terhadap abangnya, namun tidak berjaya.

"Sebelum kejadian, arwah mengadu sesak nafas ketika sedang memandu bersama anak perempuannya. Selepas mendapat bantuan orang ramai, arwah terus dikejarkan ke wad kecemasan untuk diberi bantuan pernafasan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Mashor berkata, jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikapankan di Surau Al Husna, Setapak, hari ini, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9 pagi.

Untuk makluman, Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak. Anak Allahyarham, Siti Nurul Ain Emelia, 19 mengesahkan berita tersebut: "Kami masih terkejut dengan kehilangan ini. Ayah sudah lama sakit jantung".

Bulan lalu, Roslan dilaporkan semakin merosot malah pergerakannya terbatas gara-gara serangan angin ahmar, tahun lalu.



Dalam temuramah itu, Roslan memberitahu, beliau diserang angin ahmar pada 18 Mac tahun lalu hingga terlantar sebulan dan bergantung kepada tiub.

Selain itu, Roslan mengalami masalah kesihatan termasuk lemah jantung, semput, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Selain berlakon drama, Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya 'Layar Lara'.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: