05 February 2019

JUARA AJL - ADIBAH NOOR DEDAH SUDAH DITENTUKAN LEBIH AWAL


"Anda semua perlu tahu bahawa juara lagu sudah diputuskan lebih awal iaitu sebelum malam pertandingan. Malam ini (3 Februari 2019 - Ahad) enjoy persembahan sajalah ya.





"Sebab malam ini (3 Februari 2019 - Ahad) ada hadiah vokal dan persembahan terbaik yang diadili pada malam ini (3 Februari 2019 - Ahad). Barisan pengadil yang dipaparkan tadi sudah decide lama dah.

"Malam ni (3 Februari 2019 - Ahad) mereka pilih yang dua kategori tu je," demikian tulis penyanyi Adibah Noor menerusi Twitter yang memberitahu hanya kategori Persembahan Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik sahaja yang diadili oleh pihak juri malam kelmarin dan hasil undian penonton.

Status Adibah yang mendedahkan bahawa pemenang atau Juara Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) sudah dipilih sejak awal lagi sebelum pentas akhir berlangsung itu telah urut menjadi perhatian.

Klik untuk gambar besar


Tweet tersebut ternyata mengejutkan netizen yang selama ini menyangka keseluruhan persembahan di adili pada malam pertandingan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ianya keputusan tidak adil kerana ada yang menyanyi tidak bersungguh-sungguh tetapi boleh menang.

Namun ramai netizen memahami mengapa penjurian diadili lebih awal kerana konsep pertandingan tersebut adalah untuk penilaian lagu dan lirik, bukan kehebatan vokal atau cara persembahan semata-mata.

AJL33 sudah pun melabuhkan tirainya malam kelmarin dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Bagaimanapun di media sosial, AJL33 masih lagi menjadi bualan hangat netizen.






www.myartis.com / Sumber Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: