21 February 2019
ISU 'LOVE BITE' - ZARA ZYA TERIMA PERMOHONAN MAAF TERBUKA
Memaklumkan sudah menerima permohonan maaf secara terbuka oleh penulis blog yang menggunakan namanya dengan unsur fitnah beberapa hari lalu, pelakon Zara Zya m, 35, berkata, penulis itu juga sudah memadam muatnaik dengan judul 'Hari kekasih kantoi leher Zara Zya penuh love bite?' itu semalam.
"Petang tadi (semalam), saya dimaklumkan mengenai permohonan maaf itu dan muatnaik yang menggunakan judul fitnah itu juga sudah dipadam," katanya.
Menurutnya, sekiranya perkara sama berulang membabitkan penulis blog sama atau orang lain, dia akan terus mengambil tindakan.
Klik untuk gambar besar
"Kalau selepas ini, perkara sama berulang lagi, tidak kiralah sama ada oleh penulis blog sama atau orang lain, saya akan terus ambil tindakan undang-undang serta-merta," ujarnya.
Isu itu bermula semalam apabila Zara menerusi akaun Instagramnya menulis kenyataan tegas yang ditujukan kepada penulis blog itu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Zara Zya & Hifdzi Hamzah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment