21 February 2019

'MUHAMMAD AISY AL KHALIQ' - NAMA ANAK KE-4 AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola sepak negara, Zaquan Adha atas kelahiran anak keempat mereka yang dilahirkan pada 14 Februari lalu.





Selepas genap 7 hari kelahiran, nama bayi lelaki itu didedahkan menerusi foto yang dimuatnaik Zaquan di akaun Instagramnya semalam. Menariknya, nama yang dipilih pasangan itu seindah dengan maksudnya.

"Alhamdulillah.....baby boy..πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ»πŸ‘ΆπŸ»πŸ˜. Hari ini masuk hari yg ke7... Alhamdulillah baby dah cukur rambut.. MUHAMMAD AISY AL KHALIQ bin MOHAMAD ZAQUAN ADHA. Muhammad - Yang terpuji, Dirahmati - Aisy -Mewah ,kaya-raya, kemakmuran hidup - Al Khaliq -Pencipta(Asma Ul husna)," tulis Zaquan di IGnya.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zaquan Adha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: