21 February 2019

"SAYA SAJA LETAK" - FATIN AFEEFA NAFI BERCINTA DENGAN NAZIM OTHMAN


"Kami tidak ada hubungan istimewa pun, Dia adalah salah seorang kawan yang sangat baik. Kebetulan kami keluar bersama dan gambar itu nampak comel tu yang saya muatnaik di IG. Berkenaan 'tag' nama dia di hati tu, saya saja letak.





"Tidak ada apa-apa yang istimewa pun. Tapi tak sangka pula benda tu jadi isu," kata pelakon Fatin Afeefa yang menafikan dia dengan pelakon Nazim Othman sedang menjalinkan hubungan cinta seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 25, berkata dia sengaja 'tag' nama Nazim pada foto bahagian dadanya yang memberi makna hati namun tidak menjangka perkara itu boleh menarik perhatian.

Fatin diminta mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan dia dan Nazim kini sedang bercinta disebabkan foto yang dikongsikan mereka di laman sosial.

Pelakon drama bersiri 'Red Velvet' ini turut menegaskan dia boleh keluar dengan mana-mana kawan memandangkan status dirinya bukan isteri orang.

Klik untuk gambar besar


"Saya boleh saja nak keluar dengan kawan-kawan. Sama la juga dengan Nazim. Dia adalah kawan baik saya. Jadi tak salahkan kami nak keluar bersama. Lagipun, status saya sekarang masih belum berkahwin dan bukan isteri orang," ujarnya.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizn yang berpendapat Fatin dan Nazim secocok menjadi pasangan memandangkan mereka berdua masih bujang.

Dalam pada itu, Fatin mendedahkan ada banyak menerima mesej peribadi di Instagram yang menuduhnya sebagai perampas.

Menurut Fatin, dia sememangnya mengenali Nazim ketika mereka membintangi drama 'Mona Lisa' pada tahun lalu namun hubungan itu sekadar rakan satu industri sahaja.



"Saya terkejut juga ada terima banyak mesej peribadi di laman Instagram yang mnegatakan saya ini perampas Nazim daripada Bella la.

"Ada juga tunjuk mesej tu dekat Nazim dan dia gelak sahaja. Memang kami kenal masa sama-sama berlakon dalam drama 'Mona Lisa'. Tapi kami berkawan dan kebetulan kami bekerja dalam industri yang sama," tuturnya.

Untuk makluman, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia.

Manakala Nazim pula, beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 dan perkahwinan mereka hanya bertahan hampir dua tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fatin Afeefa & Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: