21 February 2019

TETAP DAKWA HIDUPNYA DAIF - AMYZA AZNAN TERUS SELAR HIDAYAH


Didakwa 'scammer' oleh pelakon Amyza Aznan, individu yang menggunakan nama 'Hidayah' itu akhirnya tampil mempertahankan diri bahawa kehidupan benar-benar daif dan rumahnya masih tiada bekalan elektrik. Kenyataan itu ditulis di ruang komen Instagram mStar Online Official yang melaporkan berita ada individu cuba menipu Amyza.





"Saya Hidayah kenapa viralkan saya, saya tak salah. Hantar wakil untuk periksa rumah saya. Tengok dulu macam mana. Hubungi encik Azam, tanya beliau betul kenyataan yang dibuat rumah tiada bekalan elektrik dan suami sakit benar atau tipu. Beliau kenal dan sudah datang melawat," tulisnya.

Hidayah dipercayai menggunakan laporan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan tentang dirinya pada tahun 2017 bertajuk '36 tahun hidup daif' bagi meraih kepercayaan orang ramai atas kemiskinan dihadapinya.

Sebelum ini, pada Rabu, Amyza meluahkan rasa marah dan sakit hati apabila ada individu bernama Hidayah yang meminta bantuan kewangan kepadanya kerana kesusahan hidup.

Klik untuk gambar besar


Menurut Amyza, dia sudah membuat semakan di aplikasi mengesan nombor telefon (True Caller) dan mendapat nombor berkenaan sudah dilaporkan sebagai 'scammer pinjam duit' oleh individu lain yang pernah menjadi mangsa.

Sementara itu, status yang dimuatnaik Amyza mendapat reaksi beberapa netizen yang turut menjadi mangsa. Salah seorangnya Baitie Yazid berkata, dia menerima mesej daripada individu yang sama hujung tahun lalu.

Katanya, nama wanita itu terdapat dalam sistem namun bukan sebagai penerima bantuan sebaliknya bantuan ibu bapanya. Dia turut diberitahu aduan atas nama Hidayah itu bukan kali pertama.



Tambahnya, kenyataan yang ditulis berkenaan aktiviti dilakukan Hidayah untuk meminta wang melalui laman sosial Facebook miliknya pernah menjadi viral tahun lalu.

Dalam pada itu, perkongsian status luahan hati Amyza di Instagram mStar Online menjadi medan perbalahan apabila Hidayah mempersoalkan kenapa Amyza tergamak menularkan kesusahannya itu.

Amyza kemudiannya menjawab dan meminta agar wanita itu tidak terus melakukan penipuan dengan menjaja kisah kemiskinannya yang pernah dilaporkan media beberapa tahun lalu.

Terdapat juga rakan artis dan netizen yang menyokong langkah Amyza itu selain menasihati wanita tersebut supaya bekerja untuk mencari rezeki dan bukannya meminta-minta dengan cara menipu.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: