28 February 2019

ISU MESEJ 'NAKAL'- SYAZWAN AKUI TIADA NIAT JAHAT, HANYA MAHU JUJUR


"Ia cuma soalan biasa dan tidak berniat jahat pun, saya hanya jujur beritahu dia yang saya seorang yang nakal. Saya tidak mahu berpura-pura baik sebab itu saya sengaja menguji cara dia berfikir.





"Lagi pula perbualan itu baharu dan dia minta saya bertanya soalan jadi saya tanya sahajalah," ujar pelakon Syazwan Zulkifly yang tidak malu berterus-terang dia ada bertanya soalan nakal berkaitan saiz bra kepada seorang wanita sehingga ia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, Syazwan berkata, soalan itu tidak berniat jahat dan hanya menguji tahap keterbukaan wanita berkenaan untuk berkawan dengannya.

Pada malam Rabu, seorang wanita mendedahkan mesej nakal di Instagram yang didakwa darpada pelakon 'Pujaan Hati Kanda' itu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi perbualan yang dikongsikan itu, lelaki didakwa pelakon tersebut bertanyakan soalan yang agak kurang sopan iaitu saiz bra wanita berkenaan.

Dalam pada itu, Syazwan memberitahu yang dia tidak melenting atau meminta wanita itu membersihkan namanya. Katanya, ia perkara yang remeh dan pernah melalui kontroversi yang lebih teruk darpada itu.

"Ia sudah selesai dan abangnya sudah menghubungi saya bagi meminta penjelasan. Saya beritahu niat saya itu hanya menguji sahaja. Saya malas nak layan perkara remeh ini dan sebelum ini pun saya memang sudah dikenali dengan imej nakal," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara & Instagram Syazwan Zulkifly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: