01 March 2019

ISU ISTERI DALAM IG LIVE - NABIL TERKILAN ADA PIHAK AMBIL KESEMPATAN


"Ketika membuat rakaman, tanpa disangka isteri yang sedang berkemban melintas di belakang. Perkara itu hanya disedari selepas rakaman tamat. Isteri juga menerima pelbagai mesej pengikut di laman sosial yang menyuruh saya memadamkan video itu.





"Apa yang berlaku mengajar saya supaya lebih berhati-hati ketika membuat rakaman video secara langsung," kata pelawak, pelakon dan juga pengacara, Nabil Ahmad yang mengakui, rakaman video yang mencetuskan kontroversi membabitkan isterinya, Nazirah Ayub, baru-baru ini, berlaku tanpa disengajakan.

Nabil, 35, memberitahu, insiden itu berlaku ketika dia sedang membuat video secara langsung untuk mempromosikan sebuah produk menerusi Instagram. Nabil turut berkata, dia terkilan apabila ada pengguna laman sosial mengambil kesempatan menyebarkan rakaman itu.

Pemilik nama lengkap, Ahmad Nabil Ahmad, 35, itu berkata, lebih membuatkan dia terkilan apabila pemilik akaun terbabit hanya memberikan jawapan sinis apabila ditanya alasan memuatnaik rakaman mengaibkan itu.

Klik untuk gambar besar


"Dia memberikan jawapan, ia sekadar hiburan. Namun, saya difahamkan video itu sudah dipadam atas desakan pelbagai pihak. Dalam hal ini, ia terletak pada budi bicara individu itu. Dia juga mempunyai ahli keluarga perempuan, bayangkan jika perkara itu berlaku kepada mereka. Apa perasaannya?" luah Nabil kesal.

Sementara itu, mengulas keputusannya menceburi bidang nyanyian, pengacara program MeleTOP itu berkata, dia memang serius memulakan langkah dalam bidang suara. Malah, dia menjadikan pengacara dan pelawak, Salih Yaacob serta Allahyarham Mr Os sebagai sebagai inspirasi dalam bidang itu.

"Saya masuk dalam bidang ini bukan untuk suka-suka. Saya mahu dikenali sebagai penyanyi lagu komedi, tetapi dalam versi hip-hop," kata Nabil.

Lagu 'Pening' dicipta oleh DJ Fuzz, manakala lirik pula ditulis Nabil bersama Waris. Nabil juga merancang untuk muncul dengan single kedua, tidak lama lagi.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nabil Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: