18 February 2019

"NERAKA KIRIM SALAM" - DIKECAM JADI MODEL BRA SUKAN : INI RESPON SAKINAH


Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram telah memuatnaik foto sedang menggayakan pakaian dalam sukan atau 'sport bra' satu jenama terkenal. Melihat pada foto tersebut, Sakinah kelihatan melakukan satu 'pose' untuk mempromosikan pakaian dalam tersebut.





Bagaimanpun, foto terbabit telah menerima kecaman netizen yang rata-rata mengecam pakaiannya kerana dikatakan tidak sopan dengan imej wanita Islam.

Namun dalam banyak-banyak komen itu, satu komen yang menarik perhatian Sakinah sehingga dia membalasnya adalah komen daripada pengikut IGnya yang memberitahu mengenai neraka.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun terdapat juga netizen dalam masa yang sama, kagum dengan bentuk badan Sakinah yang fit walaupun sudah beranak satu.

Untuk makluman, Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, juruterbang, mendirikan rumah tangga pada Mac 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Anais Adha.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: